Ahad, 11 April 2010

SENARIO POLITIK SEKARANG

Keadaan politik semasa agak tegang dengan majoriti parti pemerintah yang agak tipis dalam parliment. Perkara ini telah menyebabkan suasana panas setiap kali berlangsungnya persidangan parliment. Perbahasan antara wakil rakyat parti pemerintah dan pembangkang sangat hebat hingga mencetuskan isu-isu sensasi yang sepatutnya menjadi rahsia kerajaan tetapi telah dedahkan kepada umum. Apakah impaknya kepada kerajaan yang memerintah dan adakah rakyat di negara ini sudah bersedia sepenuhya dengan perubahan trend politik seperti ini. Di negara-negara maju dimana isu seperti kesihatan dan kos perubatan, dasar-dasar luar kerajaan, mengujudkan peluang pekerjaan dan menstabilkan serta memperkukuhkan ekonomi negara yang menjadi agenda perjuangan sesebuah parti. Berbeza dengan keadaan politik kita dimana parti-parti politik sentiasa mencari keburukan pihak lawan tanpa mengetengahkan agenda perjuangan politik mereka.

Apakah kesan majoriti yang sedikit ini kepada kita?......... Betulkah perlu ada keseimbangan pembangkang dan pemerintah dalam parliment?........... Pendapat peribadi saya adalah sangat perlu keseimbangan ini supaya proses check and balance dapat berlaku dalam pentadbiran negara. Kenapa?..... Setiap dasar dan isu yang di bentangkan didalam parliment akan dibahaskan oleh kedua-dua belah pihak sebelum ianya dapat dilaksanakan. Jadi, jika ada keseimbangan ini maka kedua-dua belah pihak lebih berhati-hati dan telus dalam menjalankan tugas kerana takut sesuatu dasar atau isu itu akan di tolak dan di sensasikan oleh lawan mereka.......


Apakah manafaat senario ini kepada SARAWAK

Kalau dilihat secara langsung, perkara ini tidak banyak memberi manafaat kepada negeri sarawak. Ini kerana senario politik sarawak sangat berbeza dimana majoriti parti pemerintah didalam DUN adalah sangat tinggi dan selesa. Tetapi jika di lihat dari aspek menyeluruh, Sarawak telah mendapat durian runtuh kerana senario politik yang berlaku di semenajung. Mana tak nya, peruntukan tambahan mengalir beratus juta ringgit ke sarawak dan sabah kerana ingin mengambil hati rakyat di kedua-dua negeri yang menjadi kubu kuat mereka sekarang ini. Projek-projek pembangunan di kedua-dua negeri mula menjadi perhatian, lawatan-lawatan pemimpin dari semenanjung mula membanjiri negeri ini, konon nya perihatin. Tapi kenapa baru sekarang semua ini terjadi, kenapa tidak dari dulu lagi kita mendapat apa yang sepatutnya. Kalau dulu kesedaran ini ada, tidaklah kita terlalu jauh ketingggalan seperti sekarang ini.

Memang kalau di lihat dari segi ekonomi, sarawak adalah antara negeri yang maju di Malaysia setanding dengan Johor dan Selangor. Itu dari segi ekonomi, yang mana dinilai melalui pedapatan kerajaan hasil dari cukai,pelaburan asing yang masuk, pendapatan perkapita dan lain-lain lagi. Tapi pernahkah kita membandingkan keadaan masyarakat kita yang serba daif ini dengan mereka di semenanjung sana. Dengan keadaan jalan dari kuching hingga ke miri penuh dengan tampung seribu, kampung-kampung yang tidak ada jalan serta tiada bekalan elektrik dan air. Pemimpin kita bermegah kerana negeri mereka di katogeri antara yang maju, tapi adakah mereka tahu hanya bandar-bandar sahaja yang maju dan hampir keseluruhan kawasan negeri mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan. Mereka syok sendiri mengatakan pendapatan perkapita negeri meraka antara yang tertiggi, tapi adakah mereka tahu bahawa pendapatan perkapita itu di pengaruhi oleh individu-individu atau taukey-taukey yang kaya raya dan juga pendapatan yang mewah di perolehi oleh kaum minoriti bukan peribumi yang tinggal di setiap pelusuk negeri ini. Tahukah kita berapa pendapatan perkapita untuk kaum bumiputra di negeri ini?......... Saya rasa kalau kaji selidik di buat mungkin pendapatan perkapita untuk bumiputra di tahap yang menyedihkan.......... Sedarlah, jangan syok sendiri, lihatlah keadaan sebenar masyarakat yang terpinggir ini.

Apakah Perlu Senario Begini Berlaku Di Bumi Kenyalang

Sebagai anak jati negeri ini, seacara peribadi saya inginkan keadaan yang sama berlaku di negeri ini. Tapi biarlah parti yang memerintah sekarang terus kekal kerana ia adalah satu-satunya harapan rakyat di negeri ini untuk membela nasib kaum bumiputra. Cuma apabila majoriti yang terlalu besar keadaan akan menjadi terlalu mudah kerana proses check and balance tidak berlaku seperti yang diharapkan. Memang betul, tak semestinya proses check and balance ini datang dari parti pembangkang, ahli parti yang sama pun dapat...... Tapi sejauh manakah proses ini berkesan kalau sesama mereka sahaja yang buat kerja. Yang lebih teruk lagi jika YB kita jenis yang pak turut ataupun Yes Man dan bossnya pula jenis ditektor macam HITLER.............. Apakah ada ketelusan dalam pedtadbiran negeri jika pemimpin kita sebegitu............... Jadi terpulanglah kepada masyarakat kita menilai semua ini...............

2 ulasan:

  1. http://www.transformation.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=317&Itemid=140&lang=bm


    Rasuah,adalah perkara yg boleh dilihat atau diketahuai di seluruh dunia. Malaysia boleh diperkatakan negara yg banyak berlakunya rasuah. Jika mahu menbanteras rasuah ,

    Pertama: Mengadakan sistem pentabiran yang secara terbuka, iaitu segala dasar ditahui oleh rakyat dgn jelas.
    Kedua:Sistem pengambilan Tender kerajaan (Projek pembangunan) secara terbuka.
    Ketiga:Menguatkuasa undang-undang yang berat
    Keempat;menghapuskan pentabiran yang bersifat birokasi
    Kelima:Menghapuskan sistem Kuota
    Keenam:Menubuhkan Suruhanjaya untuk mesiasat kakitangan kerajaan
    Ketujuh:menberi ganjaran kepada sesiapa yg melaporkan kes rasuah

    BalasPadam
  2. Panas sdh burit pihak2 yg berkenaan. Sibu telah membuktikannya..... bila kita terlalau mendabik dada, "tembirang" dlm loghat Sabah maka itulah akibatnya yang mrk hadapi. Mungkin 20 atau 10 tahun lalu datuk nenek kita yg buta huruf akan memangkah tanda dacing senget itu gara2 telah diberikan sekampit beras, di simen jalan, di berikan beberapa keping atau zink yang didasarkan atas nama projek "dacing senget itu". kesan nya mereka masih menghadapi masalah yg sama untuk 5 tahun berikutnya....

    Terjadi di Sibu yg terkini........ projek jutaan ringgit itu tak bisa mengubati kelukaan penduduk sibu yang telah terluka sekian lama. Maka mesej telah di hantar..... code Red tahap 5 marana banjir utk berjaga2 dan bersedia utk ADUN yg akan dtg tak lama lg... dacing senget itu amat2 bergantung pd Bumiputera terutamanya Iban dan Melayu. Tahap kesetiaan yg amat tinggi pd Kerajaan. Sebagai generasi baru yg rasa2nya dah 80% menjelajah Sabah/Sarawak senarionya tak jauh berbeza...... konsep 1 Malaysia. apa yg kita fahami? Pndgan peribadi saya sebagai warga Sarawak mungkin sedikit berbeza... Hanya merasakan hidup dan berada di Msia kerana lahir di Msia dan berbangga dengan kereta buatan Msia... tetapi amat sedih bila berada di jalanraya Msia..... amat2 jauh bezanya dgn negeri2 lain di Msia. JKR. jgn kerja rajin itu tampal sana tmpal sini dgn pekerjaan kontraktor yg bertalibarut dgn pegawai2nya.... berbalik lg pd isu Sogokan dan rasuah....
    Maka jadilah kita Melukut di tepi gantang di negeri sendiri...... ataupun cuma tikus yg mati kelaparan di dlm kepuk padi. ataupun lebih tepat di istilahkan anak tiri...
    Isu borang2 yg di isi di Jbtan Kjaan tak selesai lg.. bila mau mencari kolum utk kaum yg cuma ada Bumiputera Sarawak...... hina sgt kah kita sebagai penduduk pribumi Sarawak sehinggakan nama kaum pum tak dpt di masukan dlm borang2 itu. Isu nampak remeh tetapi dr segi moraliti itu merupakan ciri2 anak tiri dlm konsep 1 Msia.... Ataupun 10 Malaysia sebenarnya. Pandangan peribadi saya bkn utk membangkang tetapi biarlah sma adil sama rata tiada bezanya... hak kita harus kita dapat. tiada yg dpt menafikan hak kita... tu pun masih ada lg bersuara ttg 18 hak keistimewaan rakyat Swak.. Tun Jugah mungkin berat hati ataupun cuma Setiusahanya yg menterjemah perjanjian itu dulu... Seandainya Tun Jugah itu bepelajaran tinggi, lawyer mungkin syarat2nya ada 100 utk di penuhi....... Antaranya yg amat2 ptg utk kaum bumiputera adalah undang2 NCR.... Tanah kami hidup kami, tanah kami nyawa kami....... itu pun byk yg di cabuli oleh pihak2 tertentu.

    BalasPadam