Sabtu, 10 April 2010

Antara Rasuah dan Kantau

Sebagai anak sarawak, saya melihat isu rasuah ini adalah masalah yang sangat serius dan harus ditangani dengan yang cara bijaksana serta memerlukan penglibatan dan kesedaran semua pihak. Jika dilihat dari aspek yang lebih luas negara kita adalah tergolong dalam 10 neagra yang mempunyai kadar rasuah yang tertinggi di dunia seperti yang di nyatakan dalam akhbar baru-baru ini. Sejauh manakah masyarakat kita sedar bertapa seriusnya masalah ini dan setakat manakah pemahaman mereka terhadap isu ini. Apakah masyarakat kini lebih mengutamakan kebendaan sehingga lupa akan hukum-hakam dan balasan yang akan diterima dikemudian hari nanti.

Jika kita lihat dalam akhbar dan tv, banyak kes-kes yang melibatkan wang jutaan ringgit dan tertangkapnya individu-individu tertentu. Tapi sejauh manakah keberkesanan pihak SPRM menanggani isu rasuah ini dan adakah individu-individu tertentu di beri pengecualian atas sebab-sebab tertentu seperti ahli politik yang memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam kerajaan. Selain itu, banyak lagi kes-kes yang melibatkan jumlah wamg yang kecil dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berwajib dan masyarakat am nya.

Pada masa ini terdapat bahasa baru yang digunakan untuk menggantikan perkataan rasuah ini iaitu KANTAU terutamanya dikalangan penduduk Sarawak. Kantau mempunyai dua maksud yang berbeza jika gunakan. Ianya bergantung kepada penggunaan ayat tersebut, sama ada kantau secara sah iaitu pendapatan/wang ringgit yang diperolehi secara sah yang berbentuk gaji ataupun Kantau/pendapatan secara tidak sah sama ada melalui sogokan,imbuhan dan suapan yang berbentuk wang ringgit ataupun kebendaan. Kalau dilihat dari aspek bahasa, kantau ini merupakan bahasa yang diambil dari bahasa cina. Apa yang ingin saya luahkan di sini adalah kantau jenis yang tidak sah yang dipanggil RASUAH. Dan jika dinilai dari mata masyarakat, penggunaan bahasa kantau ini adalah agak lembut dan sedap didengar berbanding dengan perkataan rasuah dan bagi yang berfikiran sempit apabila perkataan ini digunakan bagi mengantikan rasuah, ianya seolah-olah tidak menyalahi undang-undang.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, apabila seseorang yang menerima rasuah dan di tukar kepada ayat menerima/mendapat/mencari kantau secara automatik dari segi pandangan masyarakat kita perbuatan itu menjadi tidak salah. Sebagai contoh, mereka yang bekerja dalam bidang yang berisiko tinggi terlibat dengan gejala ini seperti anggota polis, jpj, perhutanan, kastam, wakil rakyat, pihak berkuasa tempatan dan banyak lagi, di mana penggunaan bahasa ini sering kali digunakan. Contoh yang paling ketara apabila seseorang pegawai kerajaan hidup mewah hasil daripada kantau jenis ini dipandang tinggi dan menjadi pujaan kepada masyarakat, sehingga ada dikalangan orang-orang tua malahan pak haji memuji dan berkata:- sungguh beruntung si dia kerana anaknya dapat pekerjaan itu kerana kerja itu banyak kantau........ atau....... murah betul rezeki si dia tu sehingga dapat hidup mewah dan menunaikan haji disebabkan anaknya dapat banyak kantau kerana bekerja sebagai.......... Demikianlah anggapan masyarakat. Apabila perkara begini terjadi, ada segelintir ibubapa yang menggalakkan anak mereka untuk mencari pekerjaan yang mempuyai banyak kantau seperti ini. Malahan yang lebih serius lagi apabila generasi muda telah menjadikan kaki kantau ini sebagai idola dan mula mengimpikan pekerjaan yang sama bertujuan untuk mendapat banyak kantau.

Beginilah situasi masyarakat kita pada masa ini dan mampukah rasuah ditangani jika kita masih berfikiran begitu? Dapatkah kita mengatasi masalah ini? Apakah tindakan yang harus diambil supaya anak kita dan generasi akan datang tidak terikut-ikut? Sejauh manakah keberkesan undang-undang yang sedia ada? Sedalam manakah pendidikan dan pemahaman agama yang ada pada masyarakat kita pada masa ini? Sama-samalah kita renungkan!!!!!!!!!!


5 ulasan:

  1. Rasuah,adalah perkara yg boleh dilihat atau diketahuai di seluruh dunia. Malaysia boleh diperkatakan negara yg banyak berlakunya rasuah. Jika mahu menbanteras rasuah ,

    Pertama: Mengadakan sistem pentabiran yang secara terbuka, iaitu segala dasar ditahui oleh rakyat dgn jelas.
    Kedua:Sistem pengambilan Tender kerajaan (Projek pembangunan) secara terbuka.
    Ketiga:Menguatkuasa undang-undang yang berat
    Keempat;menghapuskan pentabiran yang bersifat birokasi
    Kelima:Menghapuskan sistem Kuota
    Keenam:Menubuhkan Suruhanjaya untuk mesiasat kakitangan kerajaan
    Ketujuh:menberi ganjaran kepada sesiapa yg melaporkan kes rasuah

    http://www.transformation.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=317&Itemid=140&lang=bm

    BalasPadam
  2. http://www.shoutmix.com/ bro tmbah chat kat sini.....

    BalasPadam
  3. http://ibanplanter.blogspot.com/ gua punya blog..... lama dah buat mls mau tulis....

    BalasPadam
  4. salam..mereka ada berkata 'kalau orang atasan (high level) = commission, kalau orang bawahan = corruption' so atas bawah sama saja, bila akan berakhir.

    BalasPadam