Isnin, 12 April 2010

HAK TANAH ADAT BUMIPUTRA ( NCR )

Isu tanah adat sangat sinonim dengan politik negeri Sarawak. Ianya adalah isu evergreen dan sulit untuk di perkatakan. Kenapa ia sering di jadikan isu, Tidak adakah jalan penyelesaian, Di manakah silapnya?......Di sini saya ingin berkongsi pandangan dan pendapat peribadi saya dengan pembaca mengenai isu ini.

Bila di sebut tanah ia adalah asset yang berharga dan tanpa perakuan hak milik atau grant adakah ia masih kekal sebagai asset yang berharga? Jadi secara automatik tanah tersebut hanyalah sebidang tanah yang murah serta tiada pemilik yang sah. Perakuan hak milik atau grant adalah di perakui dan sah di sisi undang-undang. Tanah yang tiada grant masih boleh dipertikaikan hak pemilikan nya walaupun telah lama diusahakan.

Apa Perlunya Perakuan Hak Milik/Grant.

Perakuan hak milik adalah amat perlu bagi membuktikan sesuatu tanah tersebut ada pemiliknya. Tanpa grant, hak pemilikan masih dapat dipertikaikan walaupun ada pengesahan daripada pihak tertentu seperti ketua kampung. Pertelingkahan mengenai tanah yang tiada grant selalu kita dengar, contohnya seperti:-
a) Tuntutan waris terhadap tanah adat yang di tinggalkan oleh bapa, datuk atau moyang mereka. Perkara begini amat sukar di selesaikan kerana pihak yang menjadi saksi dalam surat perjanjian/surat kuasa seperti ketua kampung sudah meninggal. Surat kuasa ini juga tidak sah disisi undang-undang jika tiada pengesahan daripada pegawai kerajaan yang di beri kuasa ataupun mejestrit.
b) Pertikaian sempadan antara pemilik tanah adat. Masalah ini terjadi kerana tanah adat tidak mempunyai sempadan yang sah kerana tidak pernah di ukur oleh pihak yang bertanggungjawab.
c) Pertelingkah antara pembeli dan penjual tanah adat. Urusan jual beli tanah adat biasanya dilakukan secara ringkas. Ini kerana tanah tersebut tidak mempunyai grant dan urusan pembelian tidak memerlukan dokumen yang banyak seperti title land. Kadang-kadang macam beli goreng pisang panas pun ada. Apabila jual beli begini terjadi maka waris atau ahli keluarga si penjual kadang-kadang menuntut balik hak mereka apabila si penjual sudah meninggal dunia. Dengan alasan mereka tidak tahu pun urusan jual beli tersebut dan tidak bersetuju dengan penjualan tersebut.
d) Perteligkahan mengenai harta di dalam tanah adat selepas di jual. Contohya... pokok durian..bila tanah di jual, pokoknya tak di jual. Waris si penjual masih kekal nak ambil hasil tanaman dengan alasan pokok tersebut di tanam oleh bapa atau nenek mereka. Dah le si pembeli nak tebang tak dapat.......

Jika perkara seperti diatas berlaku siapa yang harus di pertanggungjawapkan?.............. Adakah pihak yang enggan mengeluarkan grant ambil kisah?.......... Bila perkara begini terjadi, kadang-kadang undang-undang kuno yang akan menjadi penyelesaian nya. Dimana siapa kuat dialah pemilik............ Kadang-kadang sampai melibatkan kematian pun ada, seperti yang terjadi di daerah Batu Niah beberapa tahun lepas..........

Selain itu, perakuan hak milik juga menjadi pengukur tanda aras nilai sesuatu tanah tesebut. Sama ada ia mix zone, industrial zone dan banyak lagi jenisnya. Grant juga merupakan bukti pemilikan yang sah dan bukti kekayaan individu........NAK JUAL PUN SENANG DAN MAHAL...........

Kenapa Pihak Berkuasa Enggan Mengeluarkan Grant.

ENGGAN!!!!!!.......Kerana ingin menjaga dan mengekalkan hak milik bumiputra daripada dijual kepada bukan bumiputra.................... Itulah alasanya yang paling kukuh dan tahan dek panas dan hujan, ribut dan taufan, kilat dan guruh...................

Macam mana pula jika kita lihat dari sudut yang lain.....................JOM KITA KAJI..........Tahukah anda, adalah susah bagi pihak berkuasa untuk mengeluarkan grant kepada pemilik tanah adat ini kerana keluasannya terlalu kecil dimana setiap individu hanya memiliki sekangkang kera dan yang paling besar pun berpuluh ekar sahaja. MENYUSAHKAN MEREKA SAHAJA....SEBAB MEREKA TAK MAIN KECIL, MEREKA MAIN BESAR SAHAJA........ Dan yang paling menyedihkan lagi kepada pemilik, adalah jika tanah adat tersebut telah diusahakan puluhan tahun dan telah dibuka/teroka oleh moyang mereka dahulu tetapi pihak berkuasa enggan mengeluarkan grant.....

Pihak berkuasa enggan memberi grant kerana mereka tiada kepentingan di dalam tanah adat tersebut!!!!!......Kalau kita tengok banyak hutan belantara, gunung dan ganang telah di teroka oleh syarikat-syarikat tertentu untuk di jadikan ladang. Saiznya bukan main besar lagi, sampai beribu-ribu-ribu-ribu hektar. Kenapa grantnya dapat berikan kepada syarikat-syarikat ini!!!!!!............... Yang menyedihkan ialah, mereka nak pertahankan yang sekangkang kera ni, tapi keluasan yang merangkumi hampir seluruh bumi kenyalang tidak di endahkan.........PELIK KAN.......

Siapa! Kenapa! dan Kesannya!

Siapakah pemilik-pemilik syarikat ini?????........... Setahu saya terlalu banyak syarikat yang terlibat sama ada syrikat tempatan atau dari semenanjung atau luar negara..... Selain itu ada juga milik badan-badan tertentu seperti lembaga amanah, syarikat berkaitan kerajaan dan lain- lain lagi. Yang menjadi isunya adalah, kenapa grant dapat di keluarkan atas nama syarikat, dan yang dashyat lagi kadang-kadang si pemohon adalah bukan bumiputra pun. Dan yang lebih mendashyatkan lagi kadang-kadang syarikat negara-negara lain di dunia ini pun ada.

Nak tahu kenapa?................................ Sbb mereka yang berkenaan ada kepentingan dalam syarikat tersebut........... Setahu saya apabila sesebuah syarikat ingin membuka tanah, mereka akan cari seseorang yang ada SUPER POWER untuk dijadikan rakan kongsi, dan super power ini pula akan cari tapak/ tanah kosong di seluruh pelusuk negeri ini. Sebagai imbuhan mereka akan diberi pegangan beberapa peratus didalam ladang tersebut. Mana tak syok, tak keluar modal, tak pening kepala, keuntungan dapat setiap tahun, mana tak kaya raya..............KANTAU banyak masuk................

Yang jadi persoalanya................ mereka sibuk dan marah dengan pemilik tanah adat kerana menjual tanah mereka yang sekangkang kera ini. Tetapi mereka tak sedar diri sendiri yang menjual tanah milik negeri dan milik semua rakyat sarawak kepada syarikat atau individu dalam dan luar negara.......... Dan yang sangat-sangat-sangat menyedihkan......... tempoh pajak sewa dalam perjanjian persefahaman/kerjasama antara mereka dengan syarikat sangatlah panjang sehigga 60 tahun dan ada yang sampai 90 tahun. KALAU MACAM NI SAMPAI KE CICIT KITA YANG AKAN MENERIMA TEMPIAS KESAN DARIPADA M.O.U/ M.O.A SUPER POWER NI.

Memang betul bila syarikat-syarikat ini melabur, secara atomatik ia dapat merangsang ekonomi negeri kita, mewujudkan peluang pekerjaan, jalan-jalan raya akan di bina di tempat yang nun jauh di pendalaman kerana adanya sumber ekonomi seperti ladang-ladang ini. Dulu semasa takda jalan, harga barang melambung tinggi sehigga berlipat kali ganda disebabkan kos pengangkutan yang mahal. Bila jalan dah ada, harga barang ini mula turun dan penduduk dari pendalaman ini akan dapat memasarkan barang-barang mereka ke bandar. Jadi kegiatan ekonomi mula giat di kawasan ini. Itulah kebaikannya kepada masyarakat.

TAPI apakah keburukannya!!!!!!..... Tanah di negeri kita telah dimiliki oleh orang luar dalam tempoh masa yang panjang...... Selain itu, hanya geng-geng super power ini yang dapat manafaat dari segi pegangan saham dalam syarikat. Generasi kita yang akan datang jadi kuli dan mengemis di bumi sendiri. Mana tak nya, tanah dah habis di bangunkan jadi ladang dan hanya tinggal yang sekangkang kera tanah adat sahaja untuk anak dan cucu mereka. Bayangkan jika tanah adat mereka cuma 5 ekar, kemudian di bahagikan kepada anak mereka 5 orang. Cuma dapat 1 ekar seorang dan kemudian dibahagikan pula oleh cucu mereka, berapakah bahagian setiap orang?.............

Bukan tidak bersetuju dengan projek pembangunan seperti ini, tapi biarlah kajian yang menyeluruhkan dibuat agar masyarakat sekeliling dapat turut serta dan mendapat manafaat. Ini tak, asyik nak penuhkan poket sendiri sahaja. KALAU NAK MAKAN TU INGAT-INGAT LE KAT ORANG YANG MENGUNDI.................... Kita boleh ambil contoh dari semenanjung, dimana FELDA telah membuka tanah hutan dan dibahagikan kepada masyarakat yang dipanggil peneroka, KENAPA KERAJAAN NEGERI TAK DAPAT BUAT PERKARA SEBEGITU!!!!!!!. Kalau tak pun, kenapa tak tubuhkan koperasi atau persatuan kepada penduduk yang berhampiran dengan projek pembangunan dan berikan sedikit pengangan hak milik dalam ladang tersebut kepada mereka. Kenapa!!!!.... takut bahagian mereka jadi sikit ke!!!!!!!!.......

Ada satu masalah yang sangat serius dan boleh dijadikan pengajaran pada kita semua........
Ada sebuah kampung di bahagian BETONG, daerah Saribas, daerah kecil Pusa, Kampung Beladin namaya beri.......... Alkisahnya, projek pembangunan tanah sangat giat dijalankan sehingga hampir masuk ke dalam kampung pokok sawitnya ditanam........Oleh sebab Projek pembangunan yang sangat giat ini geng super power lupa akan masyarakatnya..... Sehingga mengabaikan masyarakat, reserve tanah/hutan reserve untuk orang kampung pun dah takda. Kampung ni terlatak di pinggiran sungai, dan ada rumah yang betul-betul kat tepi sungai sehingga di bawah rumahnya di penuhi air bila air pasang. Bayangkan dimana generasi akan datang mereka nak buat rumah...... Mungkin kat atas sungai kot, kalau tepi sungai dah penuh. Ataupun tinggal kat dalam perahu je...........





Ahad, 11 April 2010

SENARIO POLITIK SEKARANG

Keadaan politik semasa agak tegang dengan majoriti parti pemerintah yang agak tipis dalam parliment. Perkara ini telah menyebabkan suasana panas setiap kali berlangsungnya persidangan parliment. Perbahasan antara wakil rakyat parti pemerintah dan pembangkang sangat hebat hingga mencetuskan isu-isu sensasi yang sepatutnya menjadi rahsia kerajaan tetapi telah dedahkan kepada umum. Apakah impaknya kepada kerajaan yang memerintah dan adakah rakyat di negara ini sudah bersedia sepenuhya dengan perubahan trend politik seperti ini. Di negara-negara maju dimana isu seperti kesihatan dan kos perubatan, dasar-dasar luar kerajaan, mengujudkan peluang pekerjaan dan menstabilkan serta memperkukuhkan ekonomi negara yang menjadi agenda perjuangan sesebuah parti. Berbeza dengan keadaan politik kita dimana parti-parti politik sentiasa mencari keburukan pihak lawan tanpa mengetengahkan agenda perjuangan politik mereka.

Apakah kesan majoriti yang sedikit ini kepada kita?......... Betulkah perlu ada keseimbangan pembangkang dan pemerintah dalam parliment?........... Pendapat peribadi saya adalah sangat perlu keseimbangan ini supaya proses check and balance dapat berlaku dalam pentadbiran negara. Kenapa?..... Setiap dasar dan isu yang di bentangkan didalam parliment akan dibahaskan oleh kedua-dua belah pihak sebelum ianya dapat dilaksanakan. Jadi, jika ada keseimbangan ini maka kedua-dua belah pihak lebih berhati-hati dan telus dalam menjalankan tugas kerana takut sesuatu dasar atau isu itu akan di tolak dan di sensasikan oleh lawan mereka.......


Apakah manafaat senario ini kepada SARAWAK

Kalau dilihat secara langsung, perkara ini tidak banyak memberi manafaat kepada negeri sarawak. Ini kerana senario politik sarawak sangat berbeza dimana majoriti parti pemerintah didalam DUN adalah sangat tinggi dan selesa. Tetapi jika di lihat dari aspek menyeluruh, Sarawak telah mendapat durian runtuh kerana senario politik yang berlaku di semenajung. Mana tak nya, peruntukan tambahan mengalir beratus juta ringgit ke sarawak dan sabah kerana ingin mengambil hati rakyat di kedua-dua negeri yang menjadi kubu kuat mereka sekarang ini. Projek-projek pembangunan di kedua-dua negeri mula menjadi perhatian, lawatan-lawatan pemimpin dari semenanjung mula membanjiri negeri ini, konon nya perihatin. Tapi kenapa baru sekarang semua ini terjadi, kenapa tidak dari dulu lagi kita mendapat apa yang sepatutnya. Kalau dulu kesedaran ini ada, tidaklah kita terlalu jauh ketingggalan seperti sekarang ini.

Memang kalau di lihat dari segi ekonomi, sarawak adalah antara negeri yang maju di Malaysia setanding dengan Johor dan Selangor. Itu dari segi ekonomi, yang mana dinilai melalui pedapatan kerajaan hasil dari cukai,pelaburan asing yang masuk, pendapatan perkapita dan lain-lain lagi. Tapi pernahkah kita membandingkan keadaan masyarakat kita yang serba daif ini dengan mereka di semenanjung sana. Dengan keadaan jalan dari kuching hingga ke miri penuh dengan tampung seribu, kampung-kampung yang tidak ada jalan serta tiada bekalan elektrik dan air. Pemimpin kita bermegah kerana negeri mereka di katogeri antara yang maju, tapi adakah mereka tahu hanya bandar-bandar sahaja yang maju dan hampir keseluruhan kawasan negeri mereka berada dalam keadaan yang menyedihkan. Mereka syok sendiri mengatakan pendapatan perkapita negeri meraka antara yang tertiggi, tapi adakah mereka tahu bahawa pendapatan perkapita itu di pengaruhi oleh individu-individu atau taukey-taukey yang kaya raya dan juga pendapatan yang mewah di perolehi oleh kaum minoriti bukan peribumi yang tinggal di setiap pelusuk negeri ini. Tahukah kita berapa pendapatan perkapita untuk kaum bumiputra di negeri ini?......... Saya rasa kalau kaji selidik di buat mungkin pendapatan perkapita untuk bumiputra di tahap yang menyedihkan.......... Sedarlah, jangan syok sendiri, lihatlah keadaan sebenar masyarakat yang terpinggir ini.

Apakah Perlu Senario Begini Berlaku Di Bumi Kenyalang

Sebagai anak jati negeri ini, seacara peribadi saya inginkan keadaan yang sama berlaku di negeri ini. Tapi biarlah parti yang memerintah sekarang terus kekal kerana ia adalah satu-satunya harapan rakyat di negeri ini untuk membela nasib kaum bumiputra. Cuma apabila majoriti yang terlalu besar keadaan akan menjadi terlalu mudah kerana proses check and balance tidak berlaku seperti yang diharapkan. Memang betul, tak semestinya proses check and balance ini datang dari parti pembangkang, ahli parti yang sama pun dapat...... Tapi sejauh manakah proses ini berkesan kalau sesama mereka sahaja yang buat kerja. Yang lebih teruk lagi jika YB kita jenis yang pak turut ataupun Yes Man dan bossnya pula jenis ditektor macam HITLER.............. Apakah ada ketelusan dalam pedtadbiran negeri jika pemimpin kita sebegitu............... Jadi terpulanglah kepada masyarakat kita menilai semua ini...............

Sabtu, 10 April 2010

Antara Rasuah dan Kantau

Sebagai anak sarawak, saya melihat isu rasuah ini adalah masalah yang sangat serius dan harus ditangani dengan yang cara bijaksana serta memerlukan penglibatan dan kesedaran semua pihak. Jika dilihat dari aspek yang lebih luas negara kita adalah tergolong dalam 10 neagra yang mempunyai kadar rasuah yang tertinggi di dunia seperti yang di nyatakan dalam akhbar baru-baru ini. Sejauh manakah masyarakat kita sedar bertapa seriusnya masalah ini dan setakat manakah pemahaman mereka terhadap isu ini. Apakah masyarakat kini lebih mengutamakan kebendaan sehingga lupa akan hukum-hakam dan balasan yang akan diterima dikemudian hari nanti.

Jika kita lihat dalam akhbar dan tv, banyak kes-kes yang melibatkan wang jutaan ringgit dan tertangkapnya individu-individu tertentu. Tapi sejauh manakah keberkesanan pihak SPRM menanggani isu rasuah ini dan adakah individu-individu tertentu di beri pengecualian atas sebab-sebab tertentu seperti ahli politik yang memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam kerajaan. Selain itu, banyak lagi kes-kes yang melibatkan jumlah wamg yang kecil dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak berwajib dan masyarakat am nya.

Pada masa ini terdapat bahasa baru yang digunakan untuk menggantikan perkataan rasuah ini iaitu KANTAU terutamanya dikalangan penduduk Sarawak. Kantau mempunyai dua maksud yang berbeza jika gunakan. Ianya bergantung kepada penggunaan ayat tersebut, sama ada kantau secara sah iaitu pendapatan/wang ringgit yang diperolehi secara sah yang berbentuk gaji ataupun Kantau/pendapatan secara tidak sah sama ada melalui sogokan,imbuhan dan suapan yang berbentuk wang ringgit ataupun kebendaan. Kalau dilihat dari aspek bahasa, kantau ini merupakan bahasa yang diambil dari bahasa cina. Apa yang ingin saya luahkan di sini adalah kantau jenis yang tidak sah yang dipanggil RASUAH. Dan jika dinilai dari mata masyarakat, penggunaan bahasa kantau ini adalah agak lembut dan sedap didengar berbanding dengan perkataan rasuah dan bagi yang berfikiran sempit apabila perkataan ini digunakan bagi mengantikan rasuah, ianya seolah-olah tidak menyalahi undang-undang.

Apa yang menjadi persoalan sekarang, apabila seseorang yang menerima rasuah dan di tukar kepada ayat menerima/mendapat/mencari kantau secara automatik dari segi pandangan masyarakat kita perbuatan itu menjadi tidak salah. Sebagai contoh, mereka yang bekerja dalam bidang yang berisiko tinggi terlibat dengan gejala ini seperti anggota polis, jpj, perhutanan, kastam, wakil rakyat, pihak berkuasa tempatan dan banyak lagi, di mana penggunaan bahasa ini sering kali digunakan. Contoh yang paling ketara apabila seseorang pegawai kerajaan hidup mewah hasil daripada kantau jenis ini dipandang tinggi dan menjadi pujaan kepada masyarakat, sehingga ada dikalangan orang-orang tua malahan pak haji memuji dan berkata:- sungguh beruntung si dia kerana anaknya dapat pekerjaan itu kerana kerja itu banyak kantau........ atau....... murah betul rezeki si dia tu sehingga dapat hidup mewah dan menunaikan haji disebabkan anaknya dapat banyak kantau kerana bekerja sebagai.......... Demikianlah anggapan masyarakat. Apabila perkara begini terjadi, ada segelintir ibubapa yang menggalakkan anak mereka untuk mencari pekerjaan yang mempuyai banyak kantau seperti ini. Malahan yang lebih serius lagi apabila generasi muda telah menjadikan kaki kantau ini sebagai idola dan mula mengimpikan pekerjaan yang sama bertujuan untuk mendapat banyak kantau.

Beginilah situasi masyarakat kita pada masa ini dan mampukah rasuah ditangani jika kita masih berfikiran begitu? Dapatkah kita mengatasi masalah ini? Apakah tindakan yang harus diambil supaya anak kita dan generasi akan datang tidak terikut-ikut? Sejauh manakah keberkesan undang-undang yang sedia ada? Sedalam manakah pendidikan dan pemahaman agama yang ada pada masyarakat kita pada masa ini? Sama-samalah kita renungkan!!!!!!!!!!


Sabtu, 3 April 2010

PENGENALAN

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Telebih dahulu saya rasa bersyukur kerana dapat meluahkan serta berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman dengan pembaca. Adalah amat diharapkan jika pembaca sudi memberi komen-komen yang bermanafaat kepada kita bersama. Di laman blog saya ini, saya telah kategorikan dalam beberapa bahagian seperti ekonomi, politik dan sosial yang mana berkaitan dengan keadaan semasa terutamanya di Sarawak.