Isnin, 12 April 2010

HAK TANAH ADAT BUMIPUTRA ( NCR )

Isu tanah adat sangat sinonim dengan politik negeri Sarawak. Ianya adalah isu evergreen dan sulit untuk di perkatakan. Kenapa ia sering di jadikan isu, Tidak adakah jalan penyelesaian, Di manakah silapnya?......Di sini saya ingin berkongsi pandangan dan pendapat peribadi saya dengan pembaca mengenai isu ini.

Bila di sebut tanah ia adalah asset yang berharga dan tanpa perakuan hak milik atau grant adakah ia masih kekal sebagai asset yang berharga? Jadi secara automatik tanah tersebut hanyalah sebidang tanah yang murah serta tiada pemilik yang sah. Perakuan hak milik atau grant adalah di perakui dan sah di sisi undang-undang. Tanah yang tiada grant masih boleh dipertikaikan hak pemilikan nya walaupun telah lama diusahakan.

Apa Perlunya Perakuan Hak Milik/Grant.

Perakuan hak milik adalah amat perlu bagi membuktikan sesuatu tanah tersebut ada pemiliknya. Tanpa grant, hak pemilikan masih dapat dipertikaikan walaupun ada pengesahan daripada pihak tertentu seperti ketua kampung. Pertelingkahan mengenai tanah yang tiada grant selalu kita dengar, contohnya seperti:-
a) Tuntutan waris terhadap tanah adat yang di tinggalkan oleh bapa, datuk atau moyang mereka. Perkara begini amat sukar di selesaikan kerana pihak yang menjadi saksi dalam surat perjanjian/surat kuasa seperti ketua kampung sudah meninggal. Surat kuasa ini juga tidak sah disisi undang-undang jika tiada pengesahan daripada pegawai kerajaan yang di beri kuasa ataupun mejestrit.
b) Pertikaian sempadan antara pemilik tanah adat. Masalah ini terjadi kerana tanah adat tidak mempunyai sempadan yang sah kerana tidak pernah di ukur oleh pihak yang bertanggungjawab.
c) Pertelingkah antara pembeli dan penjual tanah adat. Urusan jual beli tanah adat biasanya dilakukan secara ringkas. Ini kerana tanah tersebut tidak mempunyai grant dan urusan pembelian tidak memerlukan dokumen yang banyak seperti title land. Kadang-kadang macam beli goreng pisang panas pun ada. Apabila jual beli begini terjadi maka waris atau ahli keluarga si penjual kadang-kadang menuntut balik hak mereka apabila si penjual sudah meninggal dunia. Dengan alasan mereka tidak tahu pun urusan jual beli tersebut dan tidak bersetuju dengan penjualan tersebut.
d) Perteligkahan mengenai harta di dalam tanah adat selepas di jual. Contohya... pokok durian..bila tanah di jual, pokoknya tak di jual. Waris si penjual masih kekal nak ambil hasil tanaman dengan alasan pokok tersebut di tanam oleh bapa atau nenek mereka. Dah le si pembeli nak tebang tak dapat.......

Jika perkara seperti diatas berlaku siapa yang harus di pertanggungjawapkan?.............. Adakah pihak yang enggan mengeluarkan grant ambil kisah?.......... Bila perkara begini terjadi, kadang-kadang undang-undang kuno yang akan menjadi penyelesaian nya. Dimana siapa kuat dialah pemilik............ Kadang-kadang sampai melibatkan kematian pun ada, seperti yang terjadi di daerah Batu Niah beberapa tahun lepas..........

Selain itu, perakuan hak milik juga menjadi pengukur tanda aras nilai sesuatu tanah tesebut. Sama ada ia mix zone, industrial zone dan banyak lagi jenisnya. Grant juga merupakan bukti pemilikan yang sah dan bukti kekayaan individu........NAK JUAL PUN SENANG DAN MAHAL...........

Kenapa Pihak Berkuasa Enggan Mengeluarkan Grant.

ENGGAN!!!!!!.......Kerana ingin menjaga dan mengekalkan hak milik bumiputra daripada dijual kepada bukan bumiputra.................... Itulah alasanya yang paling kukuh dan tahan dek panas dan hujan, ribut dan taufan, kilat dan guruh...................

Macam mana pula jika kita lihat dari sudut yang lain.....................JOM KITA KAJI..........Tahukah anda, adalah susah bagi pihak berkuasa untuk mengeluarkan grant kepada pemilik tanah adat ini kerana keluasannya terlalu kecil dimana setiap individu hanya memiliki sekangkang kera dan yang paling besar pun berpuluh ekar sahaja. MENYUSAHKAN MEREKA SAHAJA....SEBAB MEREKA TAK MAIN KECIL, MEREKA MAIN BESAR SAHAJA........ Dan yang paling menyedihkan lagi kepada pemilik, adalah jika tanah adat tersebut telah diusahakan puluhan tahun dan telah dibuka/teroka oleh moyang mereka dahulu tetapi pihak berkuasa enggan mengeluarkan grant.....

Pihak berkuasa enggan memberi grant kerana mereka tiada kepentingan di dalam tanah adat tersebut!!!!!......Kalau kita tengok banyak hutan belantara, gunung dan ganang telah di teroka oleh syarikat-syarikat tertentu untuk di jadikan ladang. Saiznya bukan main besar lagi, sampai beribu-ribu-ribu-ribu hektar. Kenapa grantnya dapat berikan kepada syarikat-syarikat ini!!!!!!............... Yang menyedihkan ialah, mereka nak pertahankan yang sekangkang kera ni, tapi keluasan yang merangkumi hampir seluruh bumi kenyalang tidak di endahkan.........PELIK KAN.......

Siapa! Kenapa! dan Kesannya!

Siapakah pemilik-pemilik syarikat ini?????........... Setahu saya terlalu banyak syarikat yang terlibat sama ada syrikat tempatan atau dari semenanjung atau luar negara..... Selain itu ada juga milik badan-badan tertentu seperti lembaga amanah, syarikat berkaitan kerajaan dan lain- lain lagi. Yang menjadi isunya adalah, kenapa grant dapat di keluarkan atas nama syarikat, dan yang dashyat lagi kadang-kadang si pemohon adalah bukan bumiputra pun. Dan yang lebih mendashyatkan lagi kadang-kadang syarikat negara-negara lain di dunia ini pun ada.

Nak tahu kenapa?................................ Sbb mereka yang berkenaan ada kepentingan dalam syarikat tersebut........... Setahu saya apabila sesebuah syarikat ingin membuka tanah, mereka akan cari seseorang yang ada SUPER POWER untuk dijadikan rakan kongsi, dan super power ini pula akan cari tapak/ tanah kosong di seluruh pelusuk negeri ini. Sebagai imbuhan mereka akan diberi pegangan beberapa peratus didalam ladang tersebut. Mana tak syok, tak keluar modal, tak pening kepala, keuntungan dapat setiap tahun, mana tak kaya raya..............KANTAU banyak masuk................

Yang jadi persoalanya................ mereka sibuk dan marah dengan pemilik tanah adat kerana menjual tanah mereka yang sekangkang kera ini. Tetapi mereka tak sedar diri sendiri yang menjual tanah milik negeri dan milik semua rakyat sarawak kepada syarikat atau individu dalam dan luar negara.......... Dan yang sangat-sangat-sangat menyedihkan......... tempoh pajak sewa dalam perjanjian persefahaman/kerjasama antara mereka dengan syarikat sangatlah panjang sehigga 60 tahun dan ada yang sampai 90 tahun. KALAU MACAM NI SAMPAI KE CICIT KITA YANG AKAN MENERIMA TEMPIAS KESAN DARIPADA M.O.U/ M.O.A SUPER POWER NI.

Memang betul bila syarikat-syarikat ini melabur, secara atomatik ia dapat merangsang ekonomi negeri kita, mewujudkan peluang pekerjaan, jalan-jalan raya akan di bina di tempat yang nun jauh di pendalaman kerana adanya sumber ekonomi seperti ladang-ladang ini. Dulu semasa takda jalan, harga barang melambung tinggi sehigga berlipat kali ganda disebabkan kos pengangkutan yang mahal. Bila jalan dah ada, harga barang ini mula turun dan penduduk dari pendalaman ini akan dapat memasarkan barang-barang mereka ke bandar. Jadi kegiatan ekonomi mula giat di kawasan ini. Itulah kebaikannya kepada masyarakat.

TAPI apakah keburukannya!!!!!!..... Tanah di negeri kita telah dimiliki oleh orang luar dalam tempoh masa yang panjang...... Selain itu, hanya geng-geng super power ini yang dapat manafaat dari segi pegangan saham dalam syarikat. Generasi kita yang akan datang jadi kuli dan mengemis di bumi sendiri. Mana tak nya, tanah dah habis di bangunkan jadi ladang dan hanya tinggal yang sekangkang kera tanah adat sahaja untuk anak dan cucu mereka. Bayangkan jika tanah adat mereka cuma 5 ekar, kemudian di bahagikan kepada anak mereka 5 orang. Cuma dapat 1 ekar seorang dan kemudian dibahagikan pula oleh cucu mereka, berapakah bahagian setiap orang?.............

Bukan tidak bersetuju dengan projek pembangunan seperti ini, tapi biarlah kajian yang menyeluruhkan dibuat agar masyarakat sekeliling dapat turut serta dan mendapat manafaat. Ini tak, asyik nak penuhkan poket sendiri sahaja. KALAU NAK MAKAN TU INGAT-INGAT LE KAT ORANG YANG MENGUNDI.................... Kita boleh ambil contoh dari semenanjung, dimana FELDA telah membuka tanah hutan dan dibahagikan kepada masyarakat yang dipanggil peneroka, KENAPA KERAJAAN NEGERI TAK DAPAT BUAT PERKARA SEBEGITU!!!!!!!. Kalau tak pun, kenapa tak tubuhkan koperasi atau persatuan kepada penduduk yang berhampiran dengan projek pembangunan dan berikan sedikit pengangan hak milik dalam ladang tersebut kepada mereka. Kenapa!!!!.... takut bahagian mereka jadi sikit ke!!!!!!!!.......

Ada satu masalah yang sangat serius dan boleh dijadikan pengajaran pada kita semua........
Ada sebuah kampung di bahagian BETONG, daerah Saribas, daerah kecil Pusa, Kampung Beladin namaya beri.......... Alkisahnya, projek pembangunan tanah sangat giat dijalankan sehingga hampir masuk ke dalam kampung pokok sawitnya ditanam........Oleh sebab Projek pembangunan yang sangat giat ini geng super power lupa akan masyarakatnya..... Sehingga mengabaikan masyarakat, reserve tanah/hutan reserve untuk orang kampung pun dah takda. Kampung ni terlatak di pinggiran sungai, dan ada rumah yang betul-betul kat tepi sungai sehingga di bawah rumahnya di penuhi air bila air pasang. Bayangkan dimana generasi akan datang mereka nak buat rumah...... Mungkin kat atas sungai kot, kalau tepi sungai dah penuh. Ataupun tinggal kat dalam perahu je...........





2 ulasan:

  1. bagus blog SR ni sgt jelas dan mudah faham..saya pelajar u nak wat kajian tentang isu tanah adat sarawak...blog SR sangat membantu terima kasih sangat :D

    BalasPadam